BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai 2012 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
kehilangan salah seorang pucuk kepimpinannya, apabila Mantan Presiden Awang
Muhammad Yassin bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Yasin Affandy
merangkap Penasihat Utama parti tersebut telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pagi tadi.
Jenazah Allahyarham diusung keluar dari rumah kediamannya.
Allahyarham Yasin Affandy, 89, meninggalkan seorang
balu dan beberapa orang anak serta cucu dan cicit merupakan salah seorang
pengasas Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah diluluskan pendaftarannya
pada 31hb Ogos 2005, menjadikan parti itu yang terunggul di negara ini pada
masa ini. Allahyarham juga merupakan salah seorang pemimpin
Parti Rakyat Brunei (PRB) merupakan sebuah parti politik yang bergiat aktif
dalam era tahun 1960an di negara ini, bersama rakan-rakan pemimpin yang lain
termasuklah Allahyarham A.M.Azahari dan lainnya.Allahyarham telah mengidap penyakit tua, beberapa
bulan yang lalu, terlantar di rumah kediamannya di Jalan Kota Batu, kemudian
telah di rawat di Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan.
Allahyarham Yassin Affendy (kiri) bersama Allahyarham
Sheikh Axahari dan Zaini Ahmad
Sheikh Axahari dan Zaini Ahmad
Duduk disebelah kanan Allahyarham Sheikh Azahari
dan Zaini Ahmad ketika berada di PBB
dan Zaini Ahmad ketika berada di PBB
Allahyaham ketika menyampaikan sumbangan untuk mangsa Taufan Nargis kepada Tuan Yanh Terutama Thura Thet Oo Maung, Duta Besar Myanmar di Brunei di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 pada Isnin 1 Disember 2008
Bersalaman mesra dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ketika mengapalai rombongan NDP dimajlis junjung ziarah aidil fitri ke Istana Nurul Iman
Allahyarham telah meletakkan jawatan selaku Presiden
NDP dua tahun lalu ekoran kurang upaya daripada kesihatannya. Pemergiannya merupakan satu kehilangan
kepada seluruh ahli-ahli parti tersebut dan telah beramai-ramai menyempurnakan
pengembumiannya bersama ahli-ahli keluarganya pagi tadi.