Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Tuesday, December 30, 2008

TITAH MENEKANKAN PERLUNYA PERUBAHAN SIKAP


LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PARTI PEMBANAGUNAN BANGSA (NDP) sangat teruja dengan titah Hijrah 1430 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang membawa mesej jelas mengenai perlunya pemimpin dalam agensi kerajaan punya pegangan yang betul dan tidak takut kepada perubahan. Berita Selanjutnya .....

Sunday, December 28, 2008

NDP UMUMKAN PEMILU 2009 DI LANCAR BERMULA JANUARI INI

LIMBARUH HIJAU 28 DISEMBER 2008 - MAJLIS TERTINGGI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang kelmarin meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pemilihan Umum Parti 2009 (SPU) sebagai langkah awal kearah perlaksanaan proses Pemilihan Umum Parti 2009 atau PEMILU 2009.

Saturday, December 13, 2008

TABIK KDYMM SULTAN ATAS KEBIJAKSANAAN DI FORUM DEMOKRASI

LIMBARUH HIJAU 12 DISEMBER 2008 - TIDAK sepatah perkataan 'demokrasi, pun disebutkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di acara pembukaan Forum Demokrasi Bali yang telah berlangsung di Nusa Dua Bali pada Rabu 10 Disember baru ini.

FORUM MEMBANTU HADAPI ISU BERSAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini bertitah Forum Demokrasi Bali dapat membantu negara dalam menghadapi masalah global seperti krisis pemakanan, tenaga dan kewangan.

Thursday, December 11, 2008

TAKBIR RAYA PENAWAR KESEPIAN

Allahuakbar..Allahuakbar.. Allahuakbar Walillah Ilham… di alunkan dengan suara sayu melalui takbir Aidil Adha yang di ketuai oleh jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Perhubungan Daerah Belait Awang Haji Sulaiman bin Duraman telah memecahkan kesunyian hati dua ahli Perhubungan Daerah Belait yang kini sedang dalam keadaan kurang sihat.

PRESIDEN LANCARKAN BUKU 'MENYUSUR TITAH'



LIMBARUH HIJAU 10 DISEMBER 2008 - Sebuah buku kecil bertajuk 'Menyusur Titah 15 Julai 2008 - Prespektif NDP' telah disempurnakan pelancarannya oleh Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di majlis isitiadat pengibaran Sang Setia 1 Disember lepas.

Buku kecil tersebut disunting bersama oleh sdr Mahmud Morshidi Othman dan Malai Hassan Othman. Buku setebal 63 muka surat itu mengajak pembaca menselurusi initipati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun puja usia Baginda ke-62 pada 15 Julai 2008.

Berita Selanjutnya .....

Wednesday, December 10, 2008

UCAPAN PERUTUSAN AIDIL ADHA PRESIDEN NDP



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Wallilahillhamd

Syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya meminjamkan kita umur dan kesihatan untuk kita dapat sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini


Thursday, December 4, 2008

POTRAIT- POTRAIT WAJAH KDYMM MEWARNAI MAJLIS NDP



LIMBARUH HIJAU 4 DISEMBER - Potrait-potrait wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terpapar di beberapa tempat di Limbaruh Hijau hingga membuatkan seluruh ahli-ahli Parti Pembangunan (NDP) serta tetamu-tetamu yang hadir di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 Isnin lepas merasakan seolah-olah Baginda Sultan turut hadir di hari gemilang tersebut.

Wednesday, December 3, 2008

NEGARA ZIKIR - PEMAHAMAN NDP (BHG IV)

Pengisian terhadap Negara Zikir

Dalam usaha mengungkayahkan perubahan dan pembangunan ke arah matlamat negara ‘Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur’. NDP telah menggariskan 20 gagasan, sepertimana yang dimaktubkan dalam Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (2006-2016) dengan memberikan perhatian dan penekanan terhadap aspek-aspek agama, pembaharuan politik, pembangunan ekonomi, kewangan dan pelaburan, perkembangan sektor swasta, pendidikan dan lain-lain lagi. Ikutilah seterusnya....

Tuesday, December 2, 2008

KEMAJUAN POLITIK MENERIMA GANGUAN ISYARAT MENGELIRUKAN



LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2008 - PERKEMBANGAN politik di Negara Brunei Darussalam dengan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang sejauh ini merupakan satu-satunya pergerakkan politik rakyat yang memainkan peranan pelaku utama, sering menerima hambatan isyarat yang mengelirukan.