Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Thursday, February 19, 2009

PENCALUNAN JAWATAN PRESIDEN DI BUKA SEMULA

LIMBARUH HIJAU FEBRUARI 19, 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ayahnda Haji Mohamad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy telah di isytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti sesi 2009 - 2012. 

HAWA NDP SUMBANG BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

KUALA UNGAR TUTONG, FEBRUARI 17, 2009 -HIMPUNAN Wanita Parti Pembangunan Bangsa tidak ketinggalan turut merasa terpanggil untuk turun padang meninjau mangsa-mangsa banjir di kalangan anggota NDP yang teruk terjejas akibat kejadian bencana alam banjir besar dan tanah susur bagi kawasan daerah Tutong. Seterusnya...

TIANG CUNDUNG MEMBIMBANGKAN

SUNGAI LIANG 17 FEBRUARI 2009 - SEBATANG tiang letrik yang telah cundung akibat tanah susur di lereng bukit berhampiran jalan Sungai Liang - Belait sangat membimbangkan ramai pengguna-pengguna jalan raya yang sering lalu lintas di kawasan tersebut.

Keadaan yang membimbangkan ini sudah berlalu sejak 2 minggu lepas iaitu sejak kejadian banjir dan tanah susur melanda negara. 

Monday, February 16, 2009

MENYUSUR KEPEDIHAN RAKYAT MERHAIN


LABI 16 FEBRUARI 2009 - AWAL pagi lagi Awang Ramli Hassan yang berumur 79 tahun dan kurang sehat kerana menghidap sakit jantung sudah bersiap-siap untuk berangkat ke Kuala Belait untuk menghadiri majlis penyerahan sumbangan bantuan mangsa banjir dan tanah susur di Kuala Belait. Berita Selanjutnya .....

Sunday, February 15, 2009

NDP HARGAI KHIDMAT BAKTI TENTERA, AGENSI KESELAMATAN

TUTONG 15 FEBRUARI 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) sangat-sangat menyanjung tinggi khidmat bakti Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei (ABDB) membantu penduduk-penduduk pendalaman di kawasan-kawasan yang telah di landa banjir besar baru-baru ini.

GAMBAR-GAMBAR BANJIR DI TUTONG



Saturday, February 14, 2009

MENINJAU KEMASLAHATAN MANGSA BANJIR

TUTONG 14 FEBRUARI 2009 - TIMBALAN Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan rombongan yang terdiri dari Naib Presiden Tutong, Awang haji Hanafi bin Haji Mohd Daud serta beberapa orang ahli Majlis Tertinggi parti dan ahli-ahli lain Khamis kelmarin bermalam di Mukim Rambai untuk meninjau secara lebih dekat kemaslahatan ahli-ahli dan penduduk di Mukim Ukong dan Rambai yang setiap empat kali setahun menghadapi masalah banjir. 

Monday, February 9, 2009

AHLI-AHLI DI LANDA BANJIR GEMBIRA NDP TERUS PERIHATIN


TUTONG 09 FEBRUARY 2009 - LEBIH 100 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong, Tutong turut terjejas oleh banjir yang melanda di kawasan-kawasan tersebut sejak minggu lepas. 

Sunday, February 8, 2009

NDP TERUS SUMBANG BANTUAN MANGSA BANJIR


TUTONG 08 FEBRUARI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) terus berusaha memberikan sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong. Berita Selanjutnya .....

Thursday, February 5, 2009

KERANA IKAN SARDIN BUSUK MENTERI RELA LETAK JAWATAN

LIMBARUH HIJAU 05 FEBRUARI 2009 : TINDAKAN seorang menteri Thailand bernama Witoon Nambtur meletak jawatan berikutan skandal pembekalan ikan busuk kepada mangsa banjir sangat menarik perhatian media tempatan di Thailand dan juga pengamal-pengamal media di arena antarabangsa. Berita Selanjutnya .....

MESEJ BENCANA ALAM DYTM PEMBUKA MATA

LIMBARUH HIJAU 02 FEBRUARI 2009 - SABDA Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada Sabtu 31 Januari lepas di harap benar-benar dapat membuka mata kita terutama penggubal-penggubal dasar, elit-elit pentadbir serta pemaju-pemaju di sektor pembangunan akan tanggunjawab bersama memelihara kesejahteraan alam sekitar dalam masa kita ghairah memajukan dan membangunkan negara dengan pembinaan prasarana-prasarana bagi kemaslahatan awam. 

Sunday, February 1, 2009

KIANGGEH MENGUSIK JIWA

Bandar Seri Begawan: Jumaat 16 Januari 2009 jam 8.00 pagi.  Aku bersama bebarapa ahli NDP melangkah tenang, lalu dicelah-celah pengunjung Tamu Pagi atau Pasar Tamu di kuala Sungai Kianggeh, Bandar Seri Begawan untuk memulakan misi menyusuri Sungai Kianggeh. Berita Seterusnya .....