Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Friday, October 31, 2008

USRAH MENGERATKAN HUBUNGAN SILATULRAHIM


LIMBARUH HIJAU, Rabu- Tonggak kepada gerakan dakwah ialah usrah, tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis, dan tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana jamaah.

SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Tuesday, October 28, 2008

DARI SEBERANG...

KHABAR DARI WASHINGTON


WASHINGTON D.C 29 OKTOBER 2008 - RAMALAN cendrung menunjukkan calun presiden Barack Obama pasti memenangi pilihanraya presiden kali ke 55 dan John Mc Cain akan kalah teruk.


Berita Penuh...

DARI SEBERANG......


KHABAR DARI WASHINGTON

WASHINGTON D.C 27 OKTOBER 2008 - WALAPUN ramai kami tidak cukup tidur dan keletihan melalui perjalanan yang panjang untuk sampai ke Washington namun ianya bukan alasan untuk tidak hadir di sesi taklimat program IVLP I-Vote 2008 yang telah di adakan kelmarin Ahad iaitu kurang 24 jam setelah kami melapor diri di Marriott Wardman Park Hotel yang terletak tidak jauh dari Rumah Puteh.

Berita Penuh....

Sunday, October 26, 2008

KETUA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN, KEAMANAN DAN PERDAGANGAN ANTARA BANGSA NDP BERANGKAT KE AMERIKA BAGI MENGIKUTI ' I-VOTE 2008'


JUMAAT 24 OKTOBER 2008.
PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA TUAN YANG TERUTAMA AWANG YASIN AFENDI BESERTA BEBERAPA ORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI NDP HARI INI BERADA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BERAKAS, BAGI MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA KETUA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN, KEAMANAN DAN PERDAGANGAN ANTARA BANGSA NDP, AWANG MALAI HASAN HJ MALAI OTHMAN YANG AKAN BERANGKAT KE AMERIKA BAGI MENGIKUTI PERJALANAN PILIHAN RAYA DI NEGARA TERSEBUT.

AWG MALAI HASSAN HJ MALAI OTHMAN ADALAH DIANTARA YANG HADIR DI SESI TAKLIMAT BERHUBUNG PERJALANAN PILIHAN RAYA AMERIKA YANG DIANJURKAN OLEH KEDUTAAN AMERIKA BARU-BARU INI DI BRUNEI. ATAS PENGALAMAN BELIAU DIBIDANG KEWARTAWANAN DAN PENGLIBATAN BELIAU DIBIDANG POLITIK, BELIAU TELAH TERPILIH UNTUK MENGIKUTI PROGRAM INTERNATIONAL VISITOR LEADERSHIP 'I-VOTE 2008' YANG AKAN BERLANGSUNG SELAMA DUA MINGGU DI AMERIKA. AWG MALAI HASSAN ADALAH MERUPAKAN RAKYAT BRUNEI PERTAMA YANG MEWAKILI PERTUBUHAN PARTI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG DIBERI KESEMPATAN DAN PENGHORMATAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT.

TURUT HADIR BEGI MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN IALAH, PENGERUSI TETAP NDP, SETIAUSAHA AGUNG, DAN BEBERAPA ORANG AHLI NDP YANG LAIN. DOA SELAMAT DI BACAKAN OLEH PG HJ METARSAD BIN PG HJ. MATASAN, SEMENTARA PENYERAHAN BENDERA DISEMPURNAKAN OLEH PENGERUSI TETAP AWANG HJ ABD RAHMAN YUSUF.





AWG MALAI HASSAN DIJANGKAN AKAN BERADA DI AMERIKA SELAMA 2 MINGGU DAN AKAN KEMBALI KE BRUENI PADA 10 NOVEMBER 2008.

Wednesday, October 22, 2008

Monday, October 6, 2008

JUNJUNG ZIARAH KE ISTANA DI AIDIL FITRI

HAWA NDP-JUNJUNG ZIARAH KE ISTANA NURUL IMAN

Limbaruh Hijau, Isnin-   Seramai lebih 200 orang di kalangan ahli-ahli wanita Parti Pembangunan Bangsa menyertai Junjung Ziarah Ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar serta kerabat diraja yang lain di Istanan Nurul Iman Bandar Seri Begawan Ahad kelmarin 5hb Oktober 2008.

Mengetui rombongan untuk junjung ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Istanan Nurul Iman itu ialah Ketua HAWA Pusat Hjh Saemah Kepli dan Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dan Kebajikan Insan Dyg Hjh Armah Othman.

Rombongan itu adalah juga di kalangan seramai lebih 25,000 orang pengunjung junjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada hari raya ketiga dalam sama-sama mengambil peluang untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis diraja di hari yang berbahagia ini.

Turut sama dalam barisan rombongan junjung ziarah ke Istana Nurul Iman ialah Presiden dan Timbalan Presiden NDP serta Naib-Naib Presiden dan Majlis-Majlis Tertinggi NDP sebagai mengetuai seramai lebih 100 orang di kalangan ahli-ahli lelaki NDP.

Hari Terbuka Istana Nurul Iman diadakan selama tiga hari bermula daripada hari raya kedua di negara ini iaitu pada hari Jumaat lalu.

Sejumlah lebih 100,000 orang telah dicatatkan berkunjung ke Istana Nurul Iman tanpa mengira usia dan bangsa termasuklah pengunjung-pengunjung yang datangnya daripada luar negara yang tidak mahu ketinggalan mengambil peluang bersalaman dengan kerabat-kerabat diraja di hari raya ini.

Tidak ketinggalan pekerja-pekerja asing yang ada di negara ini, turut meluangkan masa berkunjung ke istana pada hari raya ketiga Ahad kelmarin kerana kebetulan hari lapang tidak bekerja bagi mereka.

Pada hari pertama seramai lebih 42,000 pengunjug di catatkan berkunjung ke Istana Nurul Iman manakala pada hari kedua seramai lebih 33,000 orang pengunjung.

Dalam kesempatan berjunjung ziarah orang ramai juga merasa gembira dengan cenderahati Baginda Sultan dan Kerabat yang diagih-agihkan kepada setiap pengunjung dan ianya merupakan sebagai cenderahati yang menjadi kebanggaan dan lazimnya dijadikan koleksi tersayang setiap pengunjung di simpan sebagai perhiasan di rumah masing-masing.
Ketua Himpunan Wanita Pusat NDP, Hjh Saemah Hj Kepli bergambar untuk kenang-kenangan bersama sebahagian ahli-ahli wanita NDP

Rombongan Hawa NDP yang memakai pakaian seragam penuh, baju putih dan kain kehijauan turut menarik perhatian pengunjung awam lainnya, ketrampilan Hawa NDP dengan pakaian rasmi kelihatan begitu gagah sebagai ketrampilan masyarakat berjiwa nasionalisme yang sentiasa memegang konsep “Menjunjung Titah Membangun Bangsa” (HSZ)

Saturday, October 4, 2008

DULI 'MELANGGAR' RUMAH RAKYAT

TEPAT saja 12 tengah malam pada malam 1 syawal, Negara Brunei seperti berada dalam medan perperangan. Bunyi letupan mercun yang memekikkan telinga memecah kesunyian malam dengan tidak henti--hentinya manakala tembakan bunga-bunga api menerangi kegelapan malam dengan cahaya yang berwarna warni.

"Zaman kami dulu inda ada macam ani. Kami dulu main badil damit-damitan dan bunga api macam setanggi saja. Kalau pun ada yang nyaring atu pakai meriam buluh", komen seorang ahli NDP warga emas ketika di kunjungi di rumahnya sempena hari raya yang mulia ini

Ikuti selanjutnya 

Friday, October 3, 2008

SEMARAK SYAWAL

 
NDP - Takbir Aidilfitri di rumah-rumah Ahli.