Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Monday, October 6, 2008

HAWA NDP-JUNJUNG ZIARAH KE ISTANA NURUL IMAN

Limbaruh Hijau, Isnin-   Seramai lebih 200 orang di kalangan ahli-ahli wanita Parti Pembangunan Bangsa menyertai Junjung Ziarah Ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar serta kerabat diraja yang lain di Istanan Nurul Iman Bandar Seri Begawan Ahad kelmarin 5hb Oktober 2008.

Mengetui rombongan untuk junjung ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Istanan Nurul Iman itu ialah Ketua HAWA Pusat Hjh Saemah Kepli dan Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dan Kebajikan Insan Dyg Hjh Armah Othman.

Rombongan itu adalah juga di kalangan seramai lebih 25,000 orang pengunjung junjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada hari raya ketiga dalam sama-sama mengambil peluang untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis diraja di hari yang berbahagia ini.

Turut sama dalam barisan rombongan junjung ziarah ke Istana Nurul Iman ialah Presiden dan Timbalan Presiden NDP serta Naib-Naib Presiden dan Majlis-Majlis Tertinggi NDP sebagai mengetuai seramai lebih 100 orang di kalangan ahli-ahli lelaki NDP.

Hari Terbuka Istana Nurul Iman diadakan selama tiga hari bermula daripada hari raya kedua di negara ini iaitu pada hari Jumaat lalu.

Sejumlah lebih 100,000 orang telah dicatatkan berkunjung ke Istana Nurul Iman tanpa mengira usia dan bangsa termasuklah pengunjung-pengunjung yang datangnya daripada luar negara yang tidak mahu ketinggalan mengambil peluang bersalaman dengan kerabat-kerabat diraja di hari raya ini.

Tidak ketinggalan pekerja-pekerja asing yang ada di negara ini, turut meluangkan masa berkunjung ke istana pada hari raya ketiga Ahad kelmarin kerana kebetulan hari lapang tidak bekerja bagi mereka.

Pada hari pertama seramai lebih 42,000 pengunjug di catatkan berkunjung ke Istana Nurul Iman manakala pada hari kedua seramai lebih 33,000 orang pengunjung.

Dalam kesempatan berjunjung ziarah orang ramai juga merasa gembira dengan cenderahati Baginda Sultan dan Kerabat yang diagih-agihkan kepada setiap pengunjung dan ianya merupakan sebagai cenderahati yang menjadi kebanggaan dan lazimnya dijadikan koleksi tersayang setiap pengunjung di simpan sebagai perhiasan di rumah masing-masing.
Ketua Himpunan Wanita Pusat NDP, Hjh Saemah Hj Kepli bergambar untuk kenang-kenangan bersama sebahagian ahli-ahli wanita NDP

Rombongan Hawa NDP yang memakai pakaian seragam penuh, baju putih dan kain kehijauan turut menarik perhatian pengunjung awam lainnya, ketrampilan Hawa NDP dengan pakaian rasmi kelihatan begitu gagah sebagai ketrampilan masyarakat berjiwa nasionalisme yang sentiasa memegang konsep “Menjunjung Titah Membangun Bangsa” (HSZ)

No comments: