Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Friday, January 30, 2009

BENCANA ALAM NATIJAH KELEMAHAN PERRANCANGAN PEMBANGUNAN

LIMBARUH HIJAU 30 JANUARI 2009 - KEJADIAN banjir kilat dan tanah susur yang paling teruk pernah di alami negara seminggu lepas adalah natijah kelemahan dasar perancangan dan pembangunan fisikal negara sejak merdeka 25 tahun yang lalu. Berita Selanjutnya .....

Thursday, January 29, 2009

Sangat-sangat berbesar hati dengan kunjungan rombongan Naib Presiden NDP Tutong...ahli NDP berbangsa Cina yang tinggal bersama keluarga jauh di atas bukit di Ukong sangat tersentuh dengan kunjungan rombongan NDP lalu memeluk erat Pak Haji Hanafi

TUTONG 29 JANUARI 2009 - Serombongan ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Ranting dari Tutong dan Belait kelmarin membuat kunjungan muhibbah Tahun Baru Cina ke rumah-rumam kediaman ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berbangsa Cina di Ukong dan Kiudang, Daerah Tutong. Berita Selanjutnya .....

MENINJAU ALAM SEKITAR KIANGGEH

LIMBARUH HIJAU 28 JANUARI 2009 - PAPAN tanda diatas sudah cukup jelas memberikan makluman kepada orang ramai mengenai projek yang sedang di laksanakan di kawasan Kampong Kianggeh.

Alhamdullilah mudah-mudahan projek ini berjaya dan masalah banjir di Sungai Subok dan Sungai Kianggeh akan berkurangan.

Berpandukan papan tanda ini, projek yang sedang di laksanakan merupakan fasa pertama. Apakah ini bererti ada lagi projek fasa kedua dan seterusnya akan menyusul?.

Kita selaku orang awam memang jahil mengenai projek-projek seperti ini.

Kita tidak ada ilmu kejuruteraan apatah lagi ilmu alam sekitar untuk memahami projek yang di jalankan dan kenapa ia perlu di laksanakan. Berita Selanjutnya ..... 

Monday, January 26, 2009

SEMACAM ADA PETANDA MUSIBAH AKAN BERLAKU

LIMBARUH HIJAU 26 JANUARI 2009 - PADA 16 JANUARI 2009 bersamaan hari Jumaat iaitu beberapa hari sebelum fenomena hujan lebat di ikuti banjir kilat dan tanah susur melanda Daerah Brunei-Muara, seromobongan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di ketuai oleh Timbalan Presiden NDP menyusur sepanjang tebing Sungai Kianggeh dan meninjau keadaan di kampong Kianggeh. 

BENCANA ALAM 'TAKDIR' PERBUATAN SIAPA?

LIMBARUH HIJAU 25 JANUARI 2009 - FENOMENA hujan lebat yang luar biasa empat hari kebelakangan ini telah melumpuhkan Daerah Brunei Muara. Berita Selanjutnya .....

Saturday, January 24, 2009

NDP BUKA TIRAI BULAN KEMERDEKAAN

LIMBARUH HIJAU 24 JANUARI 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP), Ayahnda Yasin Affandy kelmarin dengan rasminya mengisytiharkan bermulanya bulan perayaan memperingati ulang tahun Hari Kebangsaan negara yang akan jatuh pada 23 Februari akan datang ini. Berita Selanjutnya .....

Friday, January 23, 2009

SPU TERIMA LEBIH 400 NAMA CALON

LIMBARUH HIJAU 23 januari 2009 - SURUHANJAYA PEMILIHAN UMUM (SPU) Kepimpinan Parti hingga kelmarin masih lagi menyemak dan meneliti ratusan borang-borang penamaan calon yang akan layak memasuki pusingan eliminasi kedua dalam proses pemilihan barisan kepimpinan parti sesi 2009 - 2012. Berita Selanjutnya .....

Perlu penselarasan matlamat pengurusan zakat dan hasrat Baginda Sultan

LIMBARUH HIJAU 22 JANUARI 2009 - SISTEM pengurusan zakat yang di gunapakai sekarang jelas perlu di teliti semula dan di perbaiki agar lebih berupaya mendepani masalah kemiskinan di negara ini. Berita Selanjutnya .....

Wednesday, January 21, 2009

BARACK OBAMA ANGKAT SUMPAH PRESIDEN AS


LIMBARUH HIJAU 21 JANUARI 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengeluarkan kenyataan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barack Obama yang dengan rasminya telah di isytihar sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 44 pagi 20 Januari 2009. 

WAKTU PENAMAAN CALON BERAKHIR


LIMBARUH HIJAU 21 JANUARI 2009 - WAKTU penamaan calon dalam proses Pemilihan Umum Kepimpinan Parti (PEMILU) bagi sesi 2009 - 2012 berakhir kelmarin. 

Tuesday, January 20, 2009

ISU KEMISKINAN BUKAN KHUSUS RAKYAT BERAGAMA ISLAM SAJA

LIMBARUH HIJAU 19 JANUARI 2009 - DALAM masa negara sekarang ghairah menangani isu kemiskinan melalui pendekatan Islamik, perhatian juga perlu di berikan kepada golongan miskin di kalangan masyarakat Non Muslim atau masyarakat zimmi di negara ini. Berita Selanjutnya .....

Monday, January 19, 2009

NDP BIMBANG TITAH DI SALAH TAFSIR

LIMBARUH HIJAU 18 JANUARI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) berasa sangat bimbang melihat reaksi ramai yang salah tafsir titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan mengenai isu Al Gharimin dan fakir miskin semakin menjadi-jadi. 

AMANAH DAN KEPIMPINAN

LIMBARUH HIJAU 18 JANUARI 2009 - PERSIDANGAN Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bagi penggal pertama tahun 2009 berakhir dengan jayanya kelmarin di Hotel Holiday Lodge Jerudong. 

Saturday, January 17, 2009

ORANG RAMAI BANJIRI BANGUNAN KEMENTERIAN UGAMA

LIMBARUH HIJAU 17 JANUARI 2009 - ORANG RAMAI di laporkan telah mebanjiri bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama di Berakas berikutan titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di persidangan Majlis Ugama Islam pada Selasa baru lepas. 

Friday, January 16, 2009

TABUNG BANTUAN PALESTINE DAPAT SAMBUTAN

LIMBARUH HIJAU 16 JANUARI 2009 - TABUNG bantuan bagi rakyat Palestine yang di lancarkan oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 14 Januari 2009 mendapat sambutan baik dari ahli-ahli parti. Berita Selanjutnya .....

TARIKH TUTUP PENAMAAN CALON DI ANJAK

LIMBARUH HIJAU 16 JANUARI 2009 - MAJLIS TERTINGGI (MT) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin bersetuju untuk menganjakkan tarikh tutup penamaan calon bagi jawatan peringkat pusat dan ranting ke 20 Januari 2009 bagi tujuan membukakan lagi peluang kepada ahli-ahli yang belum berkesempatan menamakan calon-calon pilihan mereka. Berita Selanjutnya .....

Doa untuk rakyat Palestine

Burung-burung merpati berhimpun di perkarangan markas pusat NDP

NDP LANCAR TABUNG BANTUAN RAKYAT PALESTINE

LIMBARUH HIJAU 15 JANUARI 2009 - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengadakan majlis kecil bagi menterjemahkan kekecewaan dan kesedihan mereka terhadap tindakan ganas dan melampau Israel di Gaza yang telah mengorbankan lebih 800 jiwa rakyat Palestine terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa. Seterusnya....

Thursday, January 15, 2009

WARGA NDP TERHARU TITAH KDYMM MEMPERJUANGKAN NASIB WARGA MISKIN

LIMBARUH HIJAU 14 JANUARI 2009 - WARGA Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat terharu dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperjuangkan nasib fakir miskin dan mereka yang lain yang mungkin di nafikan hak menerima zakat di negara iniSeterusnya...

Monday, January 12, 2009

PEMILU 2009 - PENAMAAN CALON TINGGAL 3 HARI LAGI


BELAIT 12 JANUARI 2009 - TINGGAL 3 hari lagi peluang ahli-ahli menamakan calon-calon pilihan mereka untuk bertanding kerusi bagi jawatan pusat dan ranting berakhir.  Berita Selanjutnya .....

Wednesday, January 7, 2009

HIMPUNAN RAKSASA KUTUK ISRAEL

LIMBARUH HIJAU 7 JANUARI 2009 - RANCANGAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk mengadakan perhimpunan bagi tunjuk rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan ganas Israel keatas rakyat Palestine tidak di restui oleh pihak yang berwajib.

SYAIR KENANGAN KARYA MUDA OMAR ALI

LIMBARUH HIJAU 7 JANUARI 2009 - ASPIRASI NDP berasa beruntung kerana di keluaraan ini berpeluang menghidangkan syair kenangan karya Al Marhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saiffudien Saadul Khairi Waddien yang terdapat dalam simpanan Pengiran Abu Bakar Mohamad Putera Al-Haj. Brunei. 

Sunday, January 4, 2009


TABUNG KONGRES DI BUKAKAN UNTUK SUMBANGAN SEMUA AHLI-AHLI DAN PENYOKONG. SILA HUBUNGI URUS SETIA KONGRES DI TALIAN 2610703/4 UNTUK MAKLUMAN LANJUT

Saturday, January 3, 2009

MUZAKARAH BERSAMA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

LIMBARUH HIJAU 3 JANUARI 2009 - TERDAPAT persamaan dalam wawasan yang di perjuangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Parti Pembangunan Bangsa (NDP). Berita Selanjutnya .....

Thursday, January 1, 2009

TITAH KEBAWAH DULI SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2009


"Selain dari ilmu, pengalaman, kemahiran dan kewangan, masa juga adalah merupakan salah satu faktor utama dalam pembangunan dan produktiviti negara".

KASIH RAKYAT KEPADA RAJA BERKEKALAN SELAMA-LAMANYA



LIMBARUH HIJAU 1 JAN 2009 - KASIH warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kepada pemimpin-pemimpin negara terutama kepada raja dan zuriat-zuriat bukan sahaja terhad kepada yang masih hidup bahkan juga kepada yang sudah pergi meninggalkan kita