NDP JUNJUNG KASIH KEMUDAHAN DIBERIKAN
MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI
Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman


Friday, August 24, 2012
SAMBUT KETIBAAN SYAWAL DENGAN LAUNGAN AL-QURAN
LIMBARUH
HIJAU , 1 SYAWAL 1433 / 20 OGOS 2012 : Timbalan Presiden NDP, Saudara Haji
Juned bin Haji Ramli menyambut baik dan menjunjung kasih atas kurnia titah
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433 / 2012 yang ditayangkan
secara langsung di RTB semalam. Dalam kegembiraan kita menyambut dan
meraikan Hari Raya, kita sepatutnya tidak lupa malah selayaknya
menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah baginda
yang mengingatkan kita cara terbaik menanti dan menyambut ketibaan 1 Syawal
iaitu dengan melaungkan lafaz-lafaz suci Al-Quran di masjid dan surau di
seluruh Negara, ujar Timbalan Presiden. Beliau menambah Titah berkenaan
mengajak kita supaya tetap bersyukur dan sentiasa mengingati Allah SWT baik
dalam keadaan senang atau susah kerana keduanya ada mengandungi hikmat.
Tuesday, August 21, 2012
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILL FITRI PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) 1433H/2012M
Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir
Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil’alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa
Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd,
Saudara saudari warga Parti
Pembangunan Bangsa (NDP) sekalian.
Alhamdulillah, dengan segala limpah Rahmat Allah Azzawajalla, dapatlah
kita menyempurnakan ibadah puasa dan seterusnya merayakan Edul Fitri pada tahun
ini dalam suasana aman tenteram.
Bersempena Sambutan Hari Raya Edul Fitri ini, sukacita saya bagi pihak
Majlis Tertinggi dan Dewan Harian Pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Fitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh
warga NDP yang beragama Islam dan seterusnya kepada seluruh kaum Muslimin dan
Muslimat sekaliannya.
Sempena Syawal yang penuh barakah ini, saya sukacita mengajak seluruh
warga NDP mendoakan Kehadrat Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan segala
kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan kepada Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh
kerabat Di Raja. Seterusnya semoga berterusanlah nikmat keamanan dan
bertambahlah kemakmuran yang dikecapi
oleh rakyat dan Negara Brunei Darussalam ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd,
Saudara saudari warga NDP sekalian,
Kita juga bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah izinNya
jua, maka kita dapat sama-sama menyambut dan menikmati suasana Syawal dengan
aman, damai serta penuh kegembiraan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan
Al-Mubarak, sebelum menjelangnya Syawal ini, rakyat khususnya pekerja-pekerja
sektor awam telah menerima Elaun Sara Hidup yang sedikit sebanyak telah
mewarnai kegembiraan menjelang sambutan Syawal 1433 Hijrah ini.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sukacita menjunjung kasih dan turut
merakamkan ucapan setinggi penghargaan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diatas keperhatinan dan perkenan
Baginda mengurniakan Elaun Sara Hidup tersebut.
Dalam suasana menyambut ketibaan Syawal, umat Islam tidak akan
terlepas dari berbelanja hanya semata-mata bagi memenuhi keperluan meraikan
Edul Fitri. Namun kita perlu sentiasa mengenang dan mengingati akan nasihat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar kita semua sentiasa beringat dan mengamalkan sikap berjimat-cermat.
Saaudara saudari warga NDP sekalian,
seperti yang dijangkakan, selepas meraikan Edul Fitri, masih ada lagi keperluan-keperluan
perbelanjaan yang perlu kita hadapi seperti keperluan sekolah bagi anak-anak
yang masih di bangku sekolah.
Sehubungan dengan itu, NDP turut berkongsi pandangan dengan sebilangan
ahli masyarakat, jika mungkin di masa-masa akan datang dapat dipertimbangkan
pemberian Elaun Sara Hidup tersebut atau apa-apa jua bentuk imbuhan hendaklah dibahagikan
kepada dua bahagian. Satu bahagian dikeluarkan untuk tujuan sambutan Hari Raya
Edul Fitri dan sebahagian lainnya dikeluarkan pada sekitar bulan Disember iaitu
menjelang musim permulaan persekolahan di awal tahun bagi memberikan peluang
ibu bapa berbelanja kepada perkara yang lebih mustahak iaitu bagi memenuhi
keperluan persekolahan anak-anak.
Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd,
Saudara saudari warga NDP sekalian, bagi setiap umat Islam yang
menunaikan fardhu puasa, pastinya akan teruja dengan ketibaan Syawal. Akan tetapi, dalam pada itu, jangan pula kita
lupa dengan Sunnah Rasullalah SAW dalam menghidupkan sepuluh terakhir ramadhan.
Bagi mempastikan ibadah ini mencapai matlamat yang diharapkan,
sukacita NDP menyarankan supaya ihya’ ramadhan dijadikan satu program tetap
tahunan disemua masjid diseluruh Negara.
Pihak masjid dan Jabatan Masjid bolehlah merancang pelbagai program
khusus untuk menjayakan program ihya’ ramadhan ini.
Allahu
Akbar Allahhu Akbar Allahu Akbar Walillahhilhamd,
Saudara saudari warga NDP sekalian, bagi menyemarakkan Syiar Syawal,
iaitu bulan kemenangan bagi umat Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, pada
Titah Baginda di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1433
Hijrah/2012 Masihi pada, 17 Ramadan 1433 bersamaan 5 Ogos 2012 bertempat di
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas telah berkenan
melanjutkan cuti awam bagi Sambutan Hari Raya Edul Fitri dari dua hari seperti yang berjalan selama
ini kepada tiga hari bagi memberi lebih banyak peluang untuk kita bersama-sama
dengan keluarga masing-masing.
NDP amat bersyukur dan menjunjung kasih di atas keprihatinan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia itu, namun jika mungkin dapat dipertimbangkan di masa-masa
akan datang cuti awam bagi Sambutan Hari Raya Edul Fitri itu turut mengambil
kira keperluan umat Islam untuk meneruskan ibadah puasa enam dalam suasana
lebih merangsang dan bersemangat.
NDP sekali lagi turut berkongsi pandangan dengan sebilangan masyarakat
Islam kiranya cuti awam bagi menyambut Edul Fitri tersebut dibahagikan kepada
dua peringkat, iaitu, cuti pertama satu
hari sahaja jatuh pada satu haribulan Syawal dan cuti Sambutan Hari Raya Edul
Fitri peringkat kedua jatuh pada 8 dan 9
haribulan Syawal iaitu setelah selesai
kita menyempurnakan ibadah puasa enam. Saranan ini hanyalah sebagai galakan
kepada orang-orang Islam meneruskan ibadah puasa sunat, iaitu puasa enam, yang
membawa bersamanya makna besar di dalam menuju hasrat Kebawah Duli Yang Maha
Mulia menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.
Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd,
Saudara-saudari warga NDP sekalian,
Di samping kita mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan di bumi
Brunei Darussalam ini, saya berseru kepada seluruh warga NDP supaya mengambil
iktibar, menginsafi dan mendoakan akan keamanan dan kesejahteraan kepada
saudara-saudara kita umat Islam di mana jua mereka berada, yang sekarang ini
berhadapan dengan kezaliman dan penginayaan, krisis, konflik berdarah dan peperangan
sehinggga menggangggu-gugat keharmonian dan mengancam ketenteraman kehidupan mereka menunaikan
ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Marilah kita sama-sama berdoa:
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا
فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ ٱلظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ
مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah
kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu
dari angkara kaum yang kafir" (Surah Yunus: 85-86)
Sekian, sekali lagi saya bagi pihak seluruh ahli-ahli Majlis Tertinggi
dan Dewan Harian Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Fitri maaf zahir dan
batin.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allashu Akbar, Walillahilhamd,
Wabillahi Taufeq Wassalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Wednesday, August 1, 2012
ZIARAH KUBUR
Hjh Saemah Zulkefli
KUALA BELAIT, 23Julai- Saban tahun bulan Ramadhan memang dinantikan oleh Umat Islam untuk melakukan berbagai ibadah dan berebut-rebut untuk mengambil peluang membuat kerja-kerja berkebajikan untuk mendapatkan Rahmat daripada Allah SWT.
Menziarahi tanah perkuburan, membersihkan, membaca Tahlil dan Doa Arwah sempena Bulan Ramadhan adalah antara perkara-perkara berkebajikan yang dilakukan di kalangan ramai masyarakat setempat.
Turut menganjurkan kerja berkebajikan membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di Batu Tiga, seterusnya membaca Tahlil dan Doa Arwah ialah ahli-ahli Ranting Pekan Belait Tiga Parti Pembangunan Bangsa yang telah diketuai oleh ketuanya Awang Haji Ishak bin Abol.
Menyertai sama ialah Naib Presiden Daerah Belait Parti Pembangunan Bangsa Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Haji Talib serta ahli-ahli lain parti tersebut peringkat daerah Belait.
![]() |
Ahli-ahli Ranting Pekan Belait 3 dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa lainnya yang menyertai kempen membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam. |
Projek tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh ranting berkenaan, antara lain bertujuan untuk mengeratkan ikatan siratulrahim di kalangan ahli-ahlinya dan juga untuk menyemaikan semangat kekitaan dan saling bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja yang berkebajikan.
Disamping projek tersebut, ranting berkenaan juga turut mengadakan kegiatan lainnya bersempena bulan Ramadhan ini, antaranya mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah seterusnya Majlis Bersungkai serta akan mengunjungi ahli-ahli yang kurang sihat seterusnya menghulurkan sedikit sumbangan.
Thursday, July 19, 2012
PERGINYA SEORANG PEJUANG TETAPI JASANYA TETAP DIKENANG
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai 2012 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
kehilangan salah seorang pucuk kepimpinannya, apabila Mantan Presiden Awang
Muhammad Yassin bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Yasin Affandy
merangkap Penasihat Utama parti tersebut telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pagi tadi.
Jenazah Allahyarham diusung keluar dari rumah kediamannya.
Allahyarham Yasin Affandy, 89, meninggalkan seorang
balu dan beberapa orang anak serta cucu dan cicit merupakan salah seorang
pengasas Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah diluluskan pendaftarannya
pada 31hb Ogos 2005, menjadikan parti itu yang terunggul di negara ini pada
masa ini. Allahyarham juga merupakan salah seorang pemimpin
Parti Rakyat Brunei (PRB) merupakan sebuah parti politik yang bergiat aktif
dalam era tahun 1960an di negara ini, bersama rakan-rakan pemimpin yang lain
termasuklah Allahyarham A.M.Azahari dan lainnya.Allahyarham telah mengidap penyakit tua, beberapa
bulan yang lalu, terlantar di rumah kediamannya di Jalan Kota Batu, kemudian
telah di rawat di Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan.
Allahyarham Yassin Affendy (kiri) bersama Allahyarham
Sheikh Axahari dan Zaini Ahmad
Sheikh Axahari dan Zaini Ahmad
Duduk disebelah kanan Allahyarham Sheikh Azahari
dan Zaini Ahmad ketika berada di PBB
dan Zaini Ahmad ketika berada di PBB
Allahyaham ketika menyampaikan sumbangan untuk mangsa Taufan Nargis kepada Tuan Yanh Terutama Thura Thet Oo Maung, Duta Besar Myanmar di Brunei di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 pada Isnin 1 Disember 2008
Bersalaman mesra dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ketika mengapalai rombongan NDP dimajlis junjung ziarah aidil fitri ke Istana Nurul Iman
Allahyarham telah meletakkan jawatan selaku Presiden
NDP dua tahun lalu ekoran kurang upaya daripada kesihatannya. Pemergiannya merupakan satu kehilangan
kepada seluruh ahli-ahli parti tersebut dan telah beramai-ramai menyempurnakan
pengembumiannya bersama ahli-ahli keluarganya pagi tadi.Tuesday, July 17, 2012
Saturday, July 14, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)