Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Thursday, September 11, 2008

MAJLIS PERMESYUARATAN PERHUBUNGAN DAERAH NDP SENEGARA KE-3 2008

1 comment:

Hj Wan Mohd Zin T.Ali said...

Cadangan penubuhan Kementerian Pertanian adalah wajar dan tepat waktunya, kerana setelah 24 tahun merdeka kita masih bergelut dengan isu keselamatan makanan terutama makanan utama orang Brunei iaitu beras/nasi. Kita masih 100% bergantung harapan keatas supply beras dari luar dan ini adalah satu strategi yang tidak selamat. Contohnya kualiti beras masa ani sudah tidak lagi terjamin bukan macam beras wangi di tahun-tahun dulu,harum wanginya benar-benar menusuk hidung dan rasanya pun enak. Tapi masa ani wanginya sudah tiada dan lagi cepat bangas.

Ada beras tempatan tetapi jangankan satu mukim untuk satu kampong pun masih kial-kial untuk dikatakan cukup.

Dengan peruntukan B$102 juta, kita mesti fokus dengan memberi keutamaan kepada penaman padi secara besaran. Hasrat KDYMM untuk melihat Brunei cukup peruntukan beras jangan diabai-abaikan. Untuk menyediakan beras secukupnya untuk 390 ribu penduduk Brunei tidak lah memerlukan kawasan dan kewangan yang mega besar, saperti dinegara yang penduduknya berjuta orang, yang penting pihak kerajaan dapat memberi sokongan sepadu-padunya kepada pengusaha tanaman padi. Ia itu dengan memberi semua keperluan bukan saja khidmat nasihat tetapi menyediakan kemudahan pinjaman kewangan yang cukup, pengunaan Teknologi yang produktif, baja yang mencukupi dan penanaman padi yang dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Pemantaun yang kerap agar setiap projek dapat dikenal pasti maju dan mundurnya. Yang maju dapat dibantu insentif nya dan yang mundur dapat dibantu kelemahannya.

Tetapi elakkan kerja yang sambil lewa saja saperti melepas batuk di tangga atau ada Pengusaha yang angat-angat tahi ayam. Kalau ini terjadi maka hasrat rakyat Brunei untuk Mendiri dalam penyediaan makanan utama ini sudah pasti mengecewakan.
Sekian