Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Thursday, December 4, 2008

POTRAIT- POTRAIT WAJAH KDYMM MEWARNAI MAJLIS NDP



LIMBARUH HIJAU 4 DISEMBER - Potrait-potrait wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terpapar di beberapa tempat di Limbaruh Hijau hingga membuatkan seluruh ahli-ahli Parti Pembangunan (NDP) serta tetamu-tetamu yang hadir di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 Isnin lepas merasakan seolah-olah Baginda Sultan turut hadir di hari gemilang tersebut.

Wednesday, December 3, 2008

NEGARA ZIKIR - PEMAHAMAN NDP (BHG IV)

Pengisian terhadap Negara Zikir

Dalam usaha mengungkayahkan perubahan dan pembangunan ke arah matlamat negara ‘Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur’. NDP telah menggariskan 20 gagasan, sepertimana yang dimaktubkan dalam Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (2006-2016) dengan memberikan perhatian dan penekanan terhadap aspek-aspek agama, pembaharuan politik, pembangunan ekonomi, kewangan dan pelaburan, perkembangan sektor swasta, pendidikan dan lain-lain lagi. Ikutilah seterusnya....

Tuesday, December 2, 2008

KEMAJUAN POLITIK MENERIMA GANGUAN ISYARAT MENGELIRUKAN



LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2008 - PERKEMBANGAN politik di Negara Brunei Darussalam dengan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang sejauh ini merupakan satu-satunya pergerakkan politik rakyat yang memainkan peranan pelaku utama, sering menerima hambatan isyarat yang mengelirukan.

Wednesday, November 19, 2008

SIAP SEDIA MEMPERINGATI SANG SETIA



LIMBARUH HIJAU 19 NOV 2008 - KURANG dua minggu lagi berlangsungnya acara memperingati hari bersejarah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengibarkan Sang Setia, bendera rasmi parti di arena politik Negara Brunei Darussalam yang lebih empat dekad tidak menyaksikan pergerakkan politik rakyat beraksi dengan aktifnya.

Sunday, November 16, 2008

NDP DAERAH BELAIT BUAT PERSIAPAN HARI SANG SETIA



BELAIT 16 NOV 2008 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan mengadakan acara penaikkan bendera 'Sang Setia', bendera rasmi NDP sempena memperingati 'Hari Sang Setia' kali ke 3 yang lazimnya di adakan setiap 1 Disember.