Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Wednesday, November 19, 2008

SIAP SEDIA MEMPERINGATI SANG SETIA



LIMBARUH HIJAU 19 NOV 2008 - KURANG dua minggu lagi berlangsungnya acara memperingati hari bersejarah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengibarkan Sang Setia, bendera rasmi parti di arena politik Negara Brunei Darussalam yang lebih empat dekad tidak menyaksikan pergerakkan politik rakyat beraksi dengan aktifnya.

Sunday, November 16, 2008

NDP DAERAH BELAIT BUAT PERSIAPAN HARI SANG SETIA



BELAIT 16 NOV 2008 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan mengadakan acara penaikkan bendera 'Sang Setia', bendera rasmi NDP sempena memperingati 'Hari Sang Setia' kali ke 3 yang lazimnya di adakan setiap 1 Disember.

Thursday, November 13, 2008

KESEJAHTERAAN, KESELAMATAN AWAM TERANCAM OLEH PEMAJU CUAI


LIMBARUH HIJAU 13 NOV 2008 - SUDAH lebih satu bulan penduduk-penduduk yang tinggal di persekitaran Kampong Kapok Muara serta pengguna-pengguna jalanraya di Jalan Muara bersungut dengan keadaan tidak selamat di sebatang jalan utama berdekatan stesyen minyak di kawasan tersebut.

KERJA PEMBAIKKAN DI KUBAH PARLIMEN TIMBULKAN TANDA TANYA



LIMBARUH HIJAU 13 NOV 08 - KERJA-KERJA pembaikkan yang sedang berjalan di kubah bangunan Majlis Mesyuarat Negara menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan orang ramai terutama pengguna jalan raya yang lalu lintas di hadapan bangunan parlimen tersebut yang terletak di kawasan Jalan Kabangsaan.

Wednesday, November 12, 2008

MENGKAJI SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIO POLITIK NEGARA

LIMBARUH HIJAU NOV 2008 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menerima kunjungan hormat dari Professor Marrie Sybille De Vienne, Pengarah Centre for International Studies, National Institute for Oriental Language and Civilizations di Peranchis pada 8 November baru lalu.