Junjung Ziarah Aidil Fitri 1433H/2012- Istana Nurul Iman



Friday, January 30, 2009

BENCANA ALAM NATIJAH KELEMAHAN PERRANCANGAN PEMBANGUNAN

LIMBARUH HIJAU 30 JANUARI 2009 - KEJADIAN banjir kilat dan tanah susur yang paling teruk pernah di alami negara seminggu lepas adalah natijah kelemahan dasar perancangan dan pembangunan fisikal negara sejak merdeka 25 tahun yang lalu. Berita Selanjutnya .....

Thursday, January 29, 2009

Sangat-sangat berbesar hati dengan kunjungan rombongan Naib Presiden NDP Tutong...ahli NDP berbangsa Cina yang tinggal bersama keluarga jauh di atas bukit di Ukong sangat tersentuh dengan kunjungan rombongan NDP lalu memeluk erat Pak Haji Hanafi

TUTONG 29 JANUARI 2009 - Serombongan ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Ranting dari Tutong dan Belait kelmarin membuat kunjungan muhibbah Tahun Baru Cina ke rumah-rumam kediaman ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berbangsa Cina di Ukong dan Kiudang, Daerah Tutong. Berita Selanjutnya .....

MENINJAU ALAM SEKITAR KIANGGEH

LIMBARUH HIJAU 28 JANUARI 2009 - PAPAN tanda diatas sudah cukup jelas memberikan makluman kepada orang ramai mengenai projek yang sedang di laksanakan di kawasan Kampong Kianggeh.

Alhamdullilah mudah-mudahan projek ini berjaya dan masalah banjir di Sungai Subok dan Sungai Kianggeh akan berkurangan.

Berpandukan papan tanda ini, projek yang sedang di laksanakan merupakan fasa pertama. Apakah ini bererti ada lagi projek fasa kedua dan seterusnya akan menyusul?.

Kita selaku orang awam memang jahil mengenai projek-projek seperti ini.

Kita tidak ada ilmu kejuruteraan apatah lagi ilmu alam sekitar untuk memahami projek yang di jalankan dan kenapa ia perlu di laksanakan. Berita Selanjutnya ..... 

Monday, January 26, 2009

SEMACAM ADA PETANDA MUSIBAH AKAN BERLAKU

LIMBARUH HIJAU 26 JANUARI 2009 - PADA 16 JANUARI 2009 bersamaan hari Jumaat iaitu beberapa hari sebelum fenomena hujan lebat di ikuti banjir kilat dan tanah susur melanda Daerah Brunei-Muara, seromobongan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di ketuai oleh Timbalan Presiden NDP menyusur sepanjang tebing Sungai Kianggeh dan meninjau keadaan di kampong Kianggeh. 

BENCANA ALAM 'TAKDIR' PERBUATAN SIAPA?

LIMBARUH HIJAU 25 JANUARI 2009 - FENOMENA hujan lebat yang luar biasa empat hari kebelakangan ini telah melumpuhkan Daerah Brunei Muara. Berita Selanjutnya .....

Saturday, January 24, 2009

NDP BUKA TIRAI BULAN KEMERDEKAAN

LIMBARUH HIJAU 24 JANUARI 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP), Ayahnda Yasin Affandy kelmarin dengan rasminya mengisytiharkan bermulanya bulan perayaan memperingati ulang tahun Hari Kebangsaan negara yang akan jatuh pada 23 Februari akan datang ini. Berita Selanjutnya .....

Friday, January 23, 2009

SPU TERIMA LEBIH 400 NAMA CALON

LIMBARUH HIJAU 23 januari 2009 - SURUHANJAYA PEMILIHAN UMUM (SPU) Kepimpinan Parti hingga kelmarin masih lagi menyemak dan meneliti ratusan borang-borang penamaan calon yang akan layak memasuki pusingan eliminasi kedua dalam proses pemilihan barisan kepimpinan parti sesi 2009 - 2012. Berita Selanjutnya .....